Wednesday, 18 March 2015

Jenis-jenis Gambar

Establishing shots


PEMANDANGAN indah dari atas Menara Eiffel, Paris.
SEBAHAGIAN daripada aktiviti kanak-kanak Orang Asli pada
waktu petang di Kampung Sungai Mai, Jerantut, Pahang.  



Midrange shots


TAKTIK pengubahsuaian tayar simpanan yang dilakukan oleh 
penyeludup minyak dalam operasi Jabatan Pengangkutan Jalan 
(JPJ) di jalan menuju ke Wang Kelian, Perlis. 


SEORANG lelaki setia menunggu isterinya
pulang dari tempat kerja.   



Close-ups


AHLI jawatankuasa, Nor Suhadah Mohd Saidin 
memberi keterangan tentang booth Japan Week pada 
Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2014, Kuala
Lumpur. 


BEKAS Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin 
Abdullah memberikan hujahnya pada Debat Pemimpin di 
Auditorium Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.   






Saturday, 7 March 2015

Wartawan Foto yang Terkenal - Henri Cartier-Bresson

Henri Cartier-Bresson merupakan seorang jurugambar yang berasal dari Perancis. Beliau dilahirkan pada 22 Ogos 1908 di Chanteloup, Perancis. Beliau juga digelar sebagai bapa kewartawanan foto. Cartier-Bresson turut mengembara ke seluruh dunia dengan kameranya dan hal ini menjadikan beliau betul-betul mendalami persekitaran sekarang. Selain itu, beliau juga telah membantu membangunkan fotografi jalanan atau gaya hidup pelaporan dan mencipta istilah iaitu The Decisive Moment yang telah memberi inspirasi kepada generasi jurugambar pada masa tersebut. 


Henri Cartier-Bresson

Pada zaman remajanya, beliau mengambil gambar percutian dengan menggunakan Box Brownie dan kemudiannya bereksperimen dengan pandangan kamera yang bersaiz 3x4 inci. Ibu bapanya turut menyokong beliau dari segi kewangan agar dapat meneruskan minatnya terhadap fotografi dengan lebih bebas. Di samping itu, Henri Cartier-Bresson juga gemar melukis pada masa lapangnya. 

Sementara itu, beliau merupakan pengasas kepada Magnum iaitu salah satu daripada agensi foto yang paling berpengaruh dan bertahan lama di dunia. Gambar pertama yang diambil oleh Cartier-Bresson sewaktu menjadi wartawan foto telah diterbitkan pada tahun 1937. Beliau telah membuat liputan pada hari pertabalan King George IV dan Queen Elizabeth untuk French weekly Regards. Beliau telah memberikan tumpuan di sepanjang jalan-jalan London dan mengambil gambar-gambar raja. Kredit fotonya ditulis sebagai "Cartier" kerana beliau teragak-agak untuk menggunakan nama penuh keluarganya. 


Foto Kanak-kanak

Pada tahun 1948, Cartier-Bresson telah mencapai pengiktirafan antarabangsa melalui liputan yang dilakukannya pada pengebumian Gandhi di India dan peringkat terakhir Perang Saudara China pada tahun 1949. Selain itu, beliau membuat liputan enam bulan terakhir tentang Pentadbiran Kuomintang dan enam bulan pertama berkenaan dengan Republik Rakyat Mao. Sewaktu di Shanghai, beliau sering bekerja di syarikat wartawan foto Sam Tata yang sebelum ini dikenalinya di Bombay. Pada tahun 1950, beliau telah mengembara ke India Selatan dan telah melawat Tiruvannamalai iaitu sebuah bandar di Negeri India Tamil Nadu. Beliau telah mengambil gambar saat-saat terakhir Sri Ramana Maharishi, Sri Ramana Ashram, dan di sekitarnya. Seterusnya, beliau turut membuat lawatan dan mengambil gambar Sri Aurobindo, Ibu dan Sri Aurobindo Ashram serta Pondicherry. 

Cartier-Bresson juga telah menerbitkan buku imej beliau iaitu à la sauvette atau dalam edisi bahasa Inggerisnya adalah The Decisive Moment. Buku berkenaan juga termasuk dalam portfolio 126 foto beliau dari Timur dan Barat. "Photography is not like painting," Cartier-Bresson berkata kepada Washington Post pada tahun 1957. Menurutnya lagi, "There is a creative fraction of a second when you are taking a picture. Your eye must see a composition or an expression that life itself offers you, and you must know with intuition when to click the camera. That is the moment the photographer is creative," Beliau turut berkata, "Oop! The Moment! Once you miss it, it is gone forever." 

Kerjayanya sebagai fotografi telah membawanya ke banyak tempat dan antaranya ialah China, Kanada, Mexico, Amerika Syarikat, Jepun, India, dan Kesatuan Soviet. Beliau juga menjadi jurugambar Barat yang pertama untuk mengambil gambar "bebas" selepas perang Kesatuan Soviet. Pada tahun 1966, Cartier-Bresson telah menarik diri sebagai pengasas utama Magnum dan pada masa tersebut juga, gambar yang diambil olehnya masih diedarkan. Beliau membuat keputusan tersebut kerana ingin menumpukan perhatian pada potret dan landskap.

Pada awal tahun 1970-an, Cartier-Bresson telah bersara daripada dunia fotografi dan pada tahun 1975 pula, beliau tidak lagi mengambil gambar selain daripada potret peribadi untuk sekali-sekala. Beliau juga menyatakan bahawa kameranya disimpan dengan baik di rumahnya dan jarang menggunakannya. Kemudian, beliau kembali ke bidang lukisannya dan mengadakan pameran lukisan pertamanya di Galeri Carlton di New York pada tahun 1975.

Cartier-Bresson telah meninggal dunia pada 3 Ogos 2004. Beliau telah menggunakan masanya lebih daripada tiga dekad untuk tugasan hidupnya dan jurnal-jurnal lain. Beliau turut mengembara tanpa batasan, mendokumentasikan beberapa pergolakan besar pada abad ke-20. Antaranya ialah Perang Saudara Sepanyol, pada tahun 1944 tentang pembebasan Paris, pada tahun 1948 berkaitan dengan pemberontakan pelajar di Paris, pembunuhan Mahatma Gandhi, dan lain-lain.

Sepanjang kariernya, beliau sentiasa menggunakan kamera rangefinder Leica 35mm yang dilengkapi dengan kanta normal 50mm dan kadang-kadang beliau menggunakan kanta sudut lebar untuk gambar landskap. Cartier-Bresson sentiasa mengambil gambar dalam warna hitam dan putih. Beliau tidak suka membangunkan cetakan sendiri dan menunjukkan kekurangan yang besar dalam proses fotografi secara umum serta menyamakan fotografi dengan kamera kecil untuk sebuah "lukisan segera".




Foto-foto yang diambil oleh Henri Cartier-Bresson




Sumber-sumber : 

Father of photo-journalism, Cartier-Bresson, dies at 96. Retrieved from
http://www.theguardian.com/world/2004/aug/04/arts.henricartierbresson

Henri Cartier-Bresson. Retrieved from
http://www.iphf.org/hall-of-fame/henri-cartier-bresson/

Henri Cartier-Bresson : 1908-2004. Retrieved from
http://www.dailyartfixx.com/2014/08/22/henri-cartier-bresson-1908-2004/

Henri Cartier-Bresson - The Father of Modern Photojournalism. Retrieved from 
http://indiandigitalartists.com/famous-photographers/henri-cartier-bresson-father-modern-photojournalism/

Top 10 Photojournalists. Retrieved from
http://www.toptenz.net/top-10-photojournalists.php