Wednesday, 8 April 2015

Seni Fotografi - Gambar Arena Sukan

Kewartawanan foto merupakan salah satu cabang fotografi. Banyak majalah fotografi mewujudkan ruangan khas yang berkaitan dengan kewartawanan foto dan kisah-kisah tentang pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Sesebuah foto dalam surat khabar atau majalah secara terperincinya dilihat dari segi sudut, jalan cerita, dan sebagainya. Kewartawanan foto juga menerangkan tentang satu foto atau imej tunggal yang digunakan untuk menceritakan sesuatu. Biasanya imej yang digunakan dalam sesebuah berita. Misalnya, gambar yang menceritakan tentang bencana alam, kesengsaraan sewaktu peperangan, dan sebagainya. 

Selain itu, kewartawanan foto boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu jenis pertama menerangkan tentang imej yang digunakan untuk menggambarkan cerita dan jenis kedua ialah imej yang digunakan untuk memberitahu cerita tanpa apa-apa perkataan. Satu imej tunggal boleh digunakan. Perkara menarik tentang kewartawanan foto adalah para pembaca lebih memahami perkara yang ingin disampaikan oleh wartawan dengan melihat foto sesuatu peristiwa yang ditulis. Gambar bukan sahaja suatu hiasan, malah gambar juga merupakan media komunikasi untuk difahami sesama manusia dan perkara yang sukar untuk dipisahkan. Sekeping gambar lebih bernilai daripada seribu perkataan. 

Gambar arena sukan adalah gambar aksi yang dilakukan oleh para atlet dan seseorang wartawan foto perlu mengetahui sedikit sebanyak undang-undang sukan yang dirakam. Biasanya penggunaan 'flash' adalah dilarang. Penggunaan lensa telephoto atau lensa zooms antara 200-500mm membolehkan segala pergerakan ahli sukan boleh dirakamkan dengan pelbagai aksi. Kebanyakan fotografi sukan memerlukan kamera responsif yang boleh mengikut pergerakan subjek dengan tepat dan meyakinkan. Fotografi sukan juga digunakan untuk tujuan pengiklanan sama ada untuk membina jenama atau untuk mempromosikan sukan dengan kaedah yang tidak dapat dicapai dalam editorial. 

Seseorang wartawan foto perlu mengetahui pendekatan untuk merakam fotografi sukan yang impresif dan terdapat tiga pendekatan dalam perkara tersebut iaitu dari segi komposisi, cahaya, dan 'setting'. Dalam aspek komposisi, seseorang wartawan foto perlu meramal pergerakan subjek. Komposisi ditentukan melalui ramalan dan pertimbangan dalam sesuatu fotografi sukan. Gambar ekspresi atlet perlu dirakam tepat pada waktunya. Aspek cahaya pula perlu diberi perhatian terhadap keadaan pencahayaan. Umumnya, rata-rata acara sukan dijalankan di pelbagai lokasi seperti di padang bola, kolam renang, gelanggang badminton, dan sebagainya. Gambar yang diambil perlu mempunyai pencahayaan yang mencukupi agar gambar tersebut tidak gelap. 

Di samping itu, dari aspek 'setting' pula seseorang wartawan foto perlu memanfaatkan penggunaan kameranya. Kamera perlu diberikan fokus kepada subjek kerana pergerakan subjek sukar diramal. Dalam dunia fotografi sukan, tahap kewartawanan sukan negara setanding dengan antarabangsa. Kenyataan tersebut diakui oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Menurutnya, wartawan di Malaysia menyampaikan berita dan laporan tanpa unsur berat sebelah dan tidak mengampu terhadap mana-mana pihak untuk kepentingan tertentu. Beliau juga berpendapat bahawa dari segi pandangan dan analisis berita yang dibuat oleh wartawan sukan di Malaysia adalah setanding ataupun antara yang terbaik bukan sahaja di rantau Asia Tenggara malah jika dibanding dengan di United Kingdom dan negara-negara lain, Malaysia mempunyai media sukan yang bagus. 

Mutu kewartawanan sukan negara juga semakin meningkat katanya lagi. Sementara itu, Muhammad Rizal Hashim daripada Astro Digital Publication telah meraih Anugerah Utama Kewartawanan Sukan SAM-100 PLUS 2014 menerusi artikelnya iaitu 'Skuad Aristokrat: Pahang Lengkapi Musim Gemilang' yang turut memenangi kategori laporan khas terbaik media cetak dan elektronik. Selain itu, Hizami Roslan daripada asiana.my pula meraih anugerah fotagrafi sukan terbaik. Sebenarnya, dunia kewartawanan foto sememangnya amat menarik, mencabar, dan memerlukan semangat dan minat yang mendalam bagi menghasilkan berita ataupun foto yang berkualiti.    




PENUNGGANG dan kudanya sedang melepasi halangan. Hanya
beberapa saat diperlukan untuk mereka melepasi puncak
tertinggi selepas melakukan lompatan. 



DUA pemain negara, Asaruddin Putra dan Muslim Ahmad cuba mengekang
penyerang Indonesia, T. Bonai (tengah) pada perlawanan terakhir Kumpulan A
Sukan SEA ke-26 di Gelora Bung Karno, Jakarta.  



KL47_030315_TENNIS_BMW
CAROLINE Wozniacki beraksi menentang Yafan Wang pada
perlawanan pusingan pertama kategori perseorangan di Kejohanan
Tenis Terbuka Malaysia BMW 2015.



KEVIN Yeap beraksi dalam acara 400 meter gaya bebas lelaki
pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia 2014 di Kuala Lumpur.




Sumber-sumber :

Apalah ertinya juara Sukan SEA jika gagal menang emas bola sepak? Retrieved from
http://www.theborneopost.com/2011/11/19/apalah-ertinya-juara-sukan-sea-jika-gagal-menang-emas-bola-sepak/

Fotografi Sukan - Komposisi Gambar dan Setting Kamera. Retrieved from
http://www.canon-asia.com/snapshot/ms/eos-5dmk3-295/

Kewartawanan Foto. Retrieved from
http://penulisdaie.blogspot.com/2009/04/kuliah-14-kewartawanan-foto_06.html

Photojournalist (Foto Kewartawanan). Retrieved from
https://silamgemilang.wordpress.com/2009/03/30/photojournalist-foto-kewartawanan/

Renang: Kevin hampir cipta rekod kebangsaan. Retrieved from
http://www.sinarharian.com.my/sukan/renang-kevin-hampir-cipta-rekod-kebangsaan-1.278866

Tahap Kewartawanan Sukan Negara Setanding Antarabangsa - Khairy. Retrieved from
http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=1118119&cat=tn

Terbuka BMW: Wozniacki mara ke pusingan kedua. Retrieved from
http://bm.therakyatpost.com/sukan/2015/03/04/terbuka-bmw-wozniacki-mara-ke-pusingan-kedua/











Pameran Foto Bazuki Muhammad




Bazuki Muhammad


Bazuki Muhammad merupakan seorang wartawan foto yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun merakamkan detik bersejarah bagi Reuters, Knoxville Journal, Maryville Times dan Daily Reveille. Kini, beliau berkhidmat untuk The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP). Bagi pencinta dunia fotografi di Malaysia, nama besar beliau disanjung tinggi kerana hasil kerjanya yang amat tinggi nilainya. 

Beliau berpengalaman dengan fotografi sejak tahun 1983 di New Orleans dan kemudiannya, Bazuki menjadi ketua jurugambar Reuters di Malaysia dari tahun 1997 selama 17 tahun. Di samping itu, dalam bidang media, boleh dikatakan semua jurufoto media di negara ini mengenali beliau. Ada juga sesetengah orang yang menganggapnya sebagai 'dewa foto' kerana beliau dikatakan berada dalam kelas yang tersendiri. 

Selain itu, banyak penghargaan yang diterima oleh Bazuki hasil daripada karyanya itu sendiri. Antaranya ialah pada tahun 2002 dan 2003, beliau mendapat Anugerah Gambar Sukan Terbitan Asia dan pada tahun 2004 pula, hadiah untuk Anugerah Foto Antarabangsa Epson dalam kategori hadiah alam semula jadi dan kemanusiaan. Di samping itu, karyanya juga pernah disiarkan dalam majalah Newsweek, Asia-Week, Time, dan Life yang terkenal dengan memaparkan gambar terbaik di seluruh dunia.

Baru-baru ini, Bazuki Muhammad telah mengadakan satu pameran foto di Galeri NSTP yang bertemakan 'Art of Seeing'. Beberapa peristiwa kemuncak dan menarik dalam kehidupan jurugambar tersebut yang dirakamkan termasuklah taufan Nargis di Myanmar, perang di Afghanistan, Sukan Olimpik di London pada tahun 2012, tsunami di Thailand, kegawatan politik Thailand, dan sebagainya.  

Kebanyakan foto yang dipamerkan dalam pameran tersebut berfokuskan pada kemanusiaan. Ada sesetengah foto yang diambil lebih tertumpu pada 'establishing shots'. Foto-foto yang diambil oleh Bazuki memberi makna yang mendalam kerana beliau dapat mengenali pelbagai watak manusia setiap hari dan yang penting kepuasan. Beliau juga hanya menggunakan kamera Mark II sahaja untuk mengambil gambar dan anak Melayu ini mengatakan bahawa yang penting adalah hasilnya. 




Wedding @ flood


Prayer ahead of elections


Beach soccer @ Pantai Burok Beach


Marine of Borneo


















Gambar-gambar 'Feature' dan 'Portrait'

Gambar-gambar 'Feature'


FIESTA Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2015 di Presint 2, Putrajaya, baru-baru ini.
Sumber : Akhbar Berita Harian Online
13 Mac 2015

Teknik kamera yang digunakan menarik kerana gambar yang diambil difokuskan kepada subjek utamanya iaitu belon udara panas. 




CUCU Saad al-Jamal bermain dengan dua ekor anak singa yang dipelihara oleh datuknya.
Sumber : Akhbar MyMetro Online
24 Mac 2015

Gambar yang dipamerkan ini jarang sekali dapat dilihat. Kebiasaannya, orang memelihara haiwan yang manja seperti kucing, arnab, burung, dan sebagainya. Subjek yang ditonjolkan amat jelas dan pencahayaannya juga cukup.




 
AKSI pasukan aerobatik pesawat Krisakti ketika membuat latihan di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Butterworth sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2015.
Sumber : Akhbar Berita Harian Online
12 Mac 2015


Gambar yang dirakamkan amat menarik kerana gambar tersebut mempamerkan aksi aerobatik pesawat disusuli dengan asap yang seiringan. Teknik yang digunakan lebih kepada 'long shot' dan latar belakang gambar berkenaan pula sedikit 'overexpose'.  





SEEKOR kucing sedang tidur dengan berbantalkan sebiji buah mangga.


SENIBINA Arc de Triomphe diinspirasikan dari binaan Rom Purba.



Gambar-gambar 'Portrait'



SEKUMPULAN anak-anak yatim dan asnaf As-Solihin sedang bermain
permainan 'Tali Pinggang Gergasi'. 



PENYANYI lelaki popular, Anuar Zain berkunjung ke
 Primeworks Studios di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya.