Wednesday, 8 April 2015

Pameran Foto Bazuki Muhammad




Bazuki Muhammad


Bazuki Muhammad merupakan seorang wartawan foto yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun merakamkan detik bersejarah bagi Reuters, Knoxville Journal, Maryville Times dan Daily Reveille. Kini, beliau berkhidmat untuk The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP). Bagi pencinta dunia fotografi di Malaysia, nama besar beliau disanjung tinggi kerana hasil kerjanya yang amat tinggi nilainya. 

Beliau berpengalaman dengan fotografi sejak tahun 1983 di New Orleans dan kemudiannya, Bazuki menjadi ketua jurugambar Reuters di Malaysia dari tahun 1997 selama 17 tahun. Di samping itu, dalam bidang media, boleh dikatakan semua jurufoto media di negara ini mengenali beliau. Ada juga sesetengah orang yang menganggapnya sebagai 'dewa foto' kerana beliau dikatakan berada dalam kelas yang tersendiri. 

Selain itu, banyak penghargaan yang diterima oleh Bazuki hasil daripada karyanya itu sendiri. Antaranya ialah pada tahun 2002 dan 2003, beliau mendapat Anugerah Gambar Sukan Terbitan Asia dan pada tahun 2004 pula, hadiah untuk Anugerah Foto Antarabangsa Epson dalam kategori hadiah alam semula jadi dan kemanusiaan. Di samping itu, karyanya juga pernah disiarkan dalam majalah Newsweek, Asia-Week, Time, dan Life yang terkenal dengan memaparkan gambar terbaik di seluruh dunia.

Baru-baru ini, Bazuki Muhammad telah mengadakan satu pameran foto di Galeri NSTP yang bertemakan 'Art of Seeing'. Beberapa peristiwa kemuncak dan menarik dalam kehidupan jurugambar tersebut yang dirakamkan termasuklah taufan Nargis di Myanmar, perang di Afghanistan, Sukan Olimpik di London pada tahun 2012, tsunami di Thailand, kegawatan politik Thailand, dan sebagainya.  

Kebanyakan foto yang dipamerkan dalam pameran tersebut berfokuskan pada kemanusiaan. Ada sesetengah foto yang diambil lebih tertumpu pada 'establishing shots'. Foto-foto yang diambil oleh Bazuki memberi makna yang mendalam kerana beliau dapat mengenali pelbagai watak manusia setiap hari dan yang penting kepuasan. Beliau juga hanya menggunakan kamera Mark II sahaja untuk mengambil gambar dan anak Melayu ini mengatakan bahawa yang penting adalah hasilnya. 




Wedding @ flood


Prayer ahead of elections


Beach soccer @ Pantai Burok Beach


Marine of Borneo


















No comments:

Post a Comment